Malam tadi betul-betul hati nurani aku tersentuh..lepas satu cerita ke satu cerita.sedih.dan tak semena-mena jadi emosional.sampaikan en husben pun perasan.mana taknye.dah nak tengah malam,atas katil sambil mengadap iPad pastu menangis teresak-esak.confirm la dia pelik.."ape ke hee ngan bini aku ni??"
sedih sangat!mula-mula baca entry kat blog Aishah Rahim..pasal arwah adik Najla..email dari ibu arwah kepada Aishah..teresak-esak baca email tu..dapat bayangkan camner perasan Nadia menghadapi pemergian anak yang dikandung selama 30minggu dan sempat bersama selama 22hari jer..i can't imagine if that thing happened to me.aku tak kuat camner Nadia.aku tak setabah dia..semoga Nadia tabah menghadapi ujian Allah.aku yang membaca pun dah rasa cam berat dugaan tu camner lagi Nadia yang menghadapinya.kita cakap mudah untuk dia tabah dan redha dengan ketentuan Allah.tapi Nadia yang menghadapinya??
"Ya Allah Kau tabahkanla hati Nadia,Kau cekalkanla hatinya menghadapi ujianMU ya Allah."
Allah akan uji kita setakat mana yang kita mampu hadapinya.Allah maha penyayang.dia takkan uji kita lebih dari kemampuan kita.Nadia tabah.Nadia kuat.Najla sudah tentu tunggu Nadia dan suami di pintu syurga..
lepas tu baca pulak citer anak yuyunz..aisya yang terkena tomyam panas gara-gara kecuaian waiter restoran CILI MERAH sec 9 Shah Alam..(saja aku nak tepek gak nama restoran ni..untuk remind diri sendiri and kawan-kawan yang terbaca entry ni yang duk area tu.beringat sebelum kena.)kesian aisya..sampai melecur kulit peha dan jari..tak sanggup nak tengok gambar-gambar luka aisya.aisya sebaya danial.still baby.belum tau nak bagitau sakit.just cry.cry and cry bila sakit..luluhnya hati bila tengok anak meraung kesakitan.time time camni tgh melasak pulak tu.nak merangkak ke sana sini..nak pegang itu ini..mesti sakit..Ya Allah kesiannya Aisya..cepat-cepat sembuh yer..semua sebab KECUAIAN waiter tu..
sebelum ni hati luluh gak bila tau citer anak exshoolmate;ciare a.k.a mama Khir Rayyan..tu pun kes KECUAIAN gak.kecuaian nanny.tak pasal-pasal rayyan yang tanggung sakit.mujur rayyan dah sembuh dan aktif seperti sediakala..
semuanya sebab kecuaian orang lain.tapi yang jadi mangsanya anak-anak kecil tu..kita dah try jaga sebaik mungkin tapi orang lain pulak bagi penaya.hati ibu mana yang tak luluh?yang tak sedih?.
lepas baca tragedi yang menimpa yuyunz tu buat aku jadi takut.takut nak makan kat restoran.takut the same thing happened to me.selama ni bila makan kat restoran danial memang aku dudukkan kat dalam child seat.dahla danial ni memang jenis tak reti duduk diam.tangan dia ada jer nak capai ape-ape.takut nanti dia tarik waiter time tgh serve ke..adoiiiiiii..pasni kena put extra care..
semoga Allah melindungi kita semua.
3 comments:
saye pun bejurai air mate time bace.ya Allah..Kau kuatkanlah semangat mereka yang telah kau uji ya Allah..
rdna, kiree tak sanggup nak baca pun..baca org comment je dah begenang ayak mata...aduhh...skng nie, naurah pun dah begiat dlm aktiviti merangkak ke mana2 sahaja...mmg kena kemas sume barang balik semula...wayar2 elektrik tue sume...
sedey laa baca entry tuh.. x tahu laa kalu jadi kat ain.. kuat ke tak nak menempuhnya.. mmg sgt sedey
Post a Comment