Saturday, January 22, 2011

..tanda-tanda hampir bersalin..

blogwalking kat blog Mrs Eeza herman tadi terbaca pasal ni..pastu aku pun menggoogle la cari artikel berkaitan dengan tanda-tanda hampir bersalin ni memandangkan sakit yang aku rasa semalam tu..thanks yer Mrs Eeza herman for sharing info..


meh nak check jap ada tak kena mengena dengan aku.

Tanda-tanda hampir bersalin 
  1.  Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

    * sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.- selalu gak ni
    * kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing-tersangatla kerap..kalau nak tdo tu dua tiga kali.pastu pukul 4 mesti terbangun nak gi toilet
    * sakit perut, memulas- takde lagi..
    * kerap buang air besar- hihihi memang.before ni sekali jer sehari.lately ni 4x gak sehari..sungguh produktif kan??
    * kerap terkentut- patutla...sampai aku sendiri pun pelik.suka sgt nak pot pot tak kira masa.sampai hubby duk perli2..kata kalau baby kuat kentut mesti ikut mama dia..hihihii sabor jer la.. 

2.Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

3.Sakit Belakang- ni selalu gak..kalau malas nak naik tangga tido kat atas so kenala tido kat bawah atas tilam nipis.pastu mesti sakit belakang.kena letak bantal kat belakang.

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

4.Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


so pasni kena alert dengan tanda-tanda ni..

2 comments:

eMMe said...

salam Dna, dah tak lame lagi yea
selamat bersalin....moga selamat semuanya...InsyaAllah..

rDnA said...

eMMe>>thanks emme..risau gak ni