Thursday, March 18, 2010

...nyum..nyum...

salam khamis...

dua tiga hari ni tekak ni cam mengidam pulak..kuikuikui..berhari-hari dah.tapi semalam baru tertunai.tu pun sebab cam dah terliur semacam..gi kedai feveret aku cam ramai orang jer.malas pulak nak menunggu.last2 gi pasar malam beli kuewtiow sebab bahan-bahan lain ada kat umah.pastu berkungfu la aku menyiapkan ape yang patut.

sudah agak lama juga tak membuat kuew tiow kungfu.selalu makan kat luar jer.ni terlebih rajin so buatla.
v
v
v
v

ni la rupa bentuk kuew tiow kungfu yang aku buat malam tadi..

bila hubby sms tanya aku dinner ape malam tadi??aku mms la gambar ni..
then dia reply
"kesian kat abg..telan air liur jer"
alaaaaaa sian pulak bila mr.hubby text cam tu.emmm takpe2 nanti kalau ayang balik sana ayang buatkan special untuk abang yer..

kalau ada sape2 nak try resepi simple 'orang bujang' ni boleh la ikut resepi ni yer..tapi boleh jer nak alter ikut sesuka hati korang.yang ni aku buat ikut selera aku..

bahan-bahannya:
kuewtiow
2 biji telur
serbuk lada putih..kalau takde buh serbuk lada sulah pun boleh kot
udang,sotong,ayam ..ikut suka la nak buh banyak mana
carrot,cendawan,bunga kobis,brokoli,jagung muda,saderi..nak buh sayur-sayur lain lagi pun boleh
1 ulas bawang putih- chopped
2 biji cili padi..kalau suka pedas buhla lebih
1- 1 1/2 tbs tepung jagung..bancuhkan dengan air
sos tiram
garam secukup rasa

cara-cara nak buatnye:
1. pukul telur bersama garam and sikit serbuk lada putih dalam bekas..kalau ada kole cam mamak buat teh tarik tu lagi senang.tapi pakai mangkuk pun boleh dah.cuma cam susah sikit nak agak.
2.masukkan kuewtiow dalam telur.budget la kuewtiow tu buh banyak mana.biar telur lebih dari kuewtiow.
3.tuangkan dalam kuali cam nak buat telur dadar.rata-ratakan kuewtiow bagi nipis sikit.
4.balik-balikkan kuewtiow tu bagi dua-dua side masak.siap masak korang ketepikan.letak dalam pinggan separa lengkung.

pastu buat kuahnyer pulak
1.tumis bawang putih sampai kekuningan.jangan sampai hitam pulak.kemudian masukkan ayam,udang and udang.
2.dah agak masak sikit seafood and ayam tu tadi tuangkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air ke dalam kuali tu tadi
3.pastu masukkan sikit serbuk lada putih,cili padi,sayur-sayuran and sos tiram sikit.kacau la bagi masak.
4.kalau kuah terlampau pekat korang boleh tambahkan air.ikut suka nak pekat mana.pastu rasa la.kalau dah mendidih,dah cukup rasa masinnya bolehla tutup apinya.
5.tuangla kuah tu atas kuewtiow tadi.

see..senang jer kan???nama jer orang bujang ofcosla akan masak yang super duper simple.


No comments: