Wednesday, December 18, 2013

Jalan-Jalan tengok binatang..

Excited!
Bukan anak je yang excited yer.Maknyer pun sama.Excited sebab nak kenalkan binatang yang ada kat zoo tu kat Danial.Selalu tengok kat buku,flash card,tv or dalam ipad je.Ni real.Baru boleh sebut  ni 'elephant'..'ni lion'..'ni monkey'..And baru dia tau besar mana 'elephant' tu.Setinggi mana 'giraffe'.Sebelum ni duk cakap 'the big elephant' padahal how big is elephant tu just gambarkan dengan tangan jer.Tinggi mana zirafah tu pun just letak tangan tinggi-tinggi..

Bila dah tengok depan mata,baru dia tau camne rupa bentuk,bunyi binatang tu betul-betul.Feeling wonderful uolls.Then dah boleh imagine bila kita sebut eg:'the big elephant'..

Tengok binatang kat Zoo Melaka..
 Adik tengah tidur time ni.So Danial perasan jadi anak tunggal sat..

 Penyambut tetamu..Nak je bawak balik sekor.Buat mainan budak dua orang ni
 Danial sooo excited tengok 'Giraffe'..Siap boleh tanya khabar lagi kat zirafah tu.."hello giraffe..how are you?"..Orang yang tengok kiri kanan senyum je tengok telatah Danial.Sabo je la
 Masa ni Danial cakap "mama..sian giraffe tu.Takde kawan"..Dia tengok zirafah yang ni cam terasing sikit.Sebab tu kot dia cakap macam tu..


 'Mama..baca ni..LION.'
??
mujur dia cam gambar..kalau nak suruh baca memang tak reti pun lagi




Danial excited tengok flamingo..Tapi kesian flamingo tu takde kawan.
 

 Lama jugak tengok telatah gajah ni..Dari gajah tu golek-golek,mandi pastu sesi feeding elephant.
Kalau nak bagi makan kat gajah tu sebakul tebu RM5 jer..Ofkoslah gajah makan tebu.Takkan nasi lemak sepinggan pulak.
 Adik pulak tengok je la..Tapi dia lagi excited and happy tgk gelagat abang dia dari tengok binatang


Dah penat round zoo baru check in hotel..Nak booked hotel pun sekarang ni kena cari yang ada swimming pool.Sebab Danial nak mandi pool.Almaklum la rumah sendiri mana ada pool.Harap pool plastik yang kena pam tu ada la..Bila tau nak mandi pool dia dah request nak bawak float before pegi.Demanding sungguh la..Tapi ikut je.Since anak happy,mak paknye pun tumpang happy sama..Nanti adik dah besar tak tau camne plak demand nye.









Sekian..cuti-cuti release tension.Rehatkan badan setelah penat bekerja..Next time boleh bawak diorang berdua gi Zoo Negara pulak.Lagi banyak binatang boleh tengok..Lagi besar.Laaaaagiiii jenuh nak sebut nama binatang..

Tuesday, December 17, 2013

Pashion..

Kalau dulu.
Sehari tak update rasa macam tak lengkap la sehari tu
ape citer jer mesti nak share
seboleh mungkin cari masa nak update
kalau tak dapat update on time publish siap-siap entry
buat auto publish..
Bila datang mood rajin
2,3 entry sehari
kadang 3,4 entry
sehari..

sekarang?
nak tunggu seminggu sekali pun payah
sebulan sekali?
mungkin.
HAHAHA
Bak hidup segan mati tak mahu dah rasa blog ni
Kesian..kesian..






















Merudum terus entry yang publish..


Kekangan masa..
*standard reason*
Nak kena seru mood rajin ni 
Meh pas sikit mood rajin korang tu kat aku..
Boleh la aku up entry merapu lagi..

Sebagai penutup meh aku tepek gambo mak belang mengaum..




Monday, October 21, 2013

Hadiah anniversary

Anniversary yang ke-4...


Husband iolls memang tak romantik.Tak reti nak ucap,tulis ayat-ayat jiwang.Bagi bunga apetah lagi..Ada la jugak bagi bunga,sekuntum tapi tu pun suruh Danial bagikan..Tapi sesekali bila dia buat tu confirm melting nyer.Anniversary tahun ni lagi la super duper rocknyer..Wish masa selesai solat Subuh jemaah..Tapi siap mention 'hadiah abang postponed'..then senyum kambing.Citttt sabor jerla.Ala actually tak kisah pun.Sebab baru jer dapat birthday present..Wish and ingat pun dah kira ok.

Kalau tahun lepas dapat handphone,tahun ni ???jeng jeng jeng

Sikit punya besar hadiah hubby bagi.Senyap-senyap jer.Tau-tau lorry datang hantar..

Nak tau ape dia???kalau orang lain dapat emas permata,aku dapat ni
v
v
v
(^-^)
 
 
Thanks laling.Memahami isi hati wife mu ini..Nak tunggu built in tak tau bila,beli terus jer lagi senang.Same size.8x8.Wardrobe khas untuk si isteri katanya tu pun tak tau muat ke tak.*choiii perli la tu*.NO sharing wardrobe dah dengan hubby..Yeayyyy!! i likeee..Kesian kot kat wife dia ni.Baju siap tumpang wardrobe anak-anak,tak muat almari yang ada.Tu belum dengan shawl and tudung lagi..



Sunday, October 20, 2013

Popia nestum ku yang mencabar

Cam tak percaya jer boleh buat biskut raya sorang-sorang..Selalu buat dengan mak.Tapi raya haji baru ni mak sooooo busy dengan tempahan bahulu.Gigih gak la aku buat dengan 'bantuan' anak bujang aku..Paham je la bantuan camne.

Mengenangkan kuih raya yang tak seberapa nak ada dan semangat yang membara tu yang jadi jugak popia nestum aku tu..Ala yang senang jer.Yang senang tu pun berejam jugak aku nak menyiapkannya.Baru gulung 10 batang dah si kecik menangis nak susu..nak attention.Nak orang main dengan dia.Lepas dia ralit kejap sambung gulung balik..Pastu Danial pulak nak susu,nak makan,nak buah..aigoooo serius mencabar.Kalau ikut mak aku memang dia suruh takyah buat.Tapi aku NAKKK jugak.

Start pukul 11,pukul 4 baru siap semua.Berejam kan???Tapi berbaloi sebab abah,adik,mak and hubby cakap sedap..heeeee senyum sampai ke telinga la iollls..Time buat tu semua dalam rumah puasa.Harapkan Danial je tukang rasa.Bila tanya,'sedap tak Danial'..dia cakap "emmmm..dappp"...boleh harap gaklah tekak si kecik ni..

Ni la popia nestum air tangan aku..



Resepi??Aku google jer

Bahan-bahan
Kulit popia -aku pakai 50 keping.Tu pun tak cukup
*1 cawan nestum
*1/2 cawan horlick
*3 sudu gula
*3 sudu susu tepung
(* blend)
tepung gandum 1 sudu+air (untuk gamkan kulit popia)

cara nak buat
  1. Mula-mula gulung kulit popia satu persatu.Nak bagi lekat sapu gam tepung tadi.Gulung jangan ketat sangat.Bagi loose je sebab bila dah goreng nanti dia super rangup
  2. Dah siap semua guntingkan serong-serong..
  3. Pastu gorengkan.Minyak make sure betul-betul panas.Goreng sampai keperang-perangan.
  4. Angkat dan toskan minyak.Then gaulkan dengan campuran nestum,horlick,susu dan gula tadi.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara
Bila dah makan,mesti rasa cam susah nak stop..Abah aku siap request suruh buat lagi sebab tak cukup.

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..