Tuesday, June 19, 2012

bertambah setahun lagi

sepatutnya entry ni post on 16.06.2012..tapi susahnye nak buat entry on time..

First of all thank you so much pada kawan-kawan and family yang wish my birthday..call,sms,wish kat FB,twitter dan juga kat WhatsApp..Terima kasih banyak.

16.06.2012 bertambah lagi setahun umur..

officially I'm 
years old..
 lagi dua tahun hilang la angka 2 kat depan tu..berganti 3 plak.
kejap je dah nak masuk 3 series plak..
 .
.
.
Alhamdulillah..syukur masih lagi diberi kesempatan  oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ni,masih lagi diberi peluang untuk hidup dengan orang tersayang,masih lagi diberi kesempatan untuk melihat Danial membesar..Terima kasih ya Allah..Semoga aku tak sia-siakan usia yang Kau beri ni.

Saturday, June 16, 2012

Friday, June 15, 2012

Anak emas Negeri Pulau Pinang..

Berita baik buat anak-anak negeri Pulau Pinang..Untuk bayi yang lahir dari Januari 2011 layak memohon Program Anak Emas Negeri Pulau Pinang.

tapi ada syarat-syaratnya..
  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah seorang pemilih berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di negeri Pulau Pinang
  • Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun anak dilahirkan..(maksudnya bayi yang lahir tahun 2011)
  • Tarikh kelayakan mulai 1/1/2012
Permohonan boleh diperoleh dari pejabat ADUN Pakatan Rakyat,Pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,Pejabat  Pegawai Penyelaras KADUN ataupun dari Pejabat Daerah..

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan
1.Salinan Sijil Lahir anak
2.Salinan Mykid
3.Salinan IC ibubapa

ni rupa bentuk borang dia..Borang tak boleh didownload sebab setiap borang mempunyai no siri..Jadi untuk yang nak memohon boleh la dapatkan di pejabat-pejabat yang berkenaan..


Sekiranya layak dan permohonan diluluskan,anak emas negeri Pulau Pinang ni berhak mendapat RM200 dari kerajaan negeri..

**kami baru je apply untuk Danial..

:D

Miss Ahjumma

Lately ni addicted dengan cerita ni pulak..Sampaikan si suami bising kata siang malam asyik citer korea je.nak buat camne kan?wife dah fanatik dengan korean drama.jadi habuan kat dia je kalau dia nampak aku meleleh air mata tengok korean drama..

1.Miss Ahjumma

Citer ni kisah mengenai Kang Geum Ma yang bangkit semula setelah diceraikan oleh Kyung Se..Dari seorang wanita bekerjaya,kemudian berkahwin dan menjadi surirumah sepenuh masa.disebabkan terlalu  mementingkan keluarga  dia lupa menjaga kecantikan diri sendiri.Bila dah tak cantik,suami pun mula la nak main kayu tiga.Pantang kena goda terus tergoda.Tapi Wang Sae mi pun suka sangat la goda Kyung Se tu,manala Kyung Se tu tak tergoda...Bila dah bercerai Kang Geum Ma berjaya kuruskan badan dan jadi cantik balik..Pastu macam-macam pulak la agenda Wang Sae Mi tu nak hapuskan Kang Geum Ma.Dasar busuk hati betul..lagi??kena tengok sendiri la..

Tiap kali tengok tak sah kalau darah tak menyirap..mana taknya sakit hati betul tengok perangai Wang Sae Mi tu..Kadang-kadang sebabkan sakit hati+marah dengan watak citer ni,tak pasal-pasal hubby jadi mangsa.Terlebih emo kot.

2.Rooftop Prince

Kalau tengok online dah habis pun citer ni..Tapi aku sabar menanti tengok 2 kali seminggu kat chanel 393 setiap Isnin dan Selasa..Next week habis la kot.Tak sabar nak tunggu final episod.Citer ni pun ada gak watak antagonis tu..Se Na..Tak suka betul tengok dia.geram!

Sekian saja dari peminat korean drama.. :)



Tuesday, June 12, 2012

House for sale @Malacca

Anyone looking for house??Area Malacca.My aunty nak jual sebab dia sekarang keje kat shah alam.Ntah bila plak nak dapat posting Melaka.Lagipun memang taknak dah duduk Melaka..Dia nak jual dengan perabot yang ada dalam rumah tu.


Location :Taman Angsa Mas,Durian Tunggal, Melaka

5 mins from Ayer Keroh Tol.
5 mins to Stadium Hang Jebat.
10 mins to Ayer Keroh / MITC
15 mins to Malacca Town


Double-storey house.Fully renovated.
3bedrooms upstairs (bathroom attached) + 1 bedroom downstairs (bathroom attached)
Kitchen completed with cooking stove + big refrigerator.


Pintu masuk.Buat masa sekarang maksu jadikan rumah ni as homestay.Before dapat buyer.


Living room and dining area

Dapur..ada dry and wet kitchen..include stove and fridge
Family hall yang sangat luas..



Master bedroom

2nd bedroom
bathroom

3rd bedroom

4th bedroom

Harga RM300K termasuk perabot dan barang yang ada dalam rumah tu.tapi boleh negotiate lagi.Berminat boleh contact Cik Zawiah 013-2204505.