Nak kata 100% success belum lagi
kot..adalah dalam 80% baru..
Bukan senang nak senang kan?So memang
kena bersusah-susah dulu la jawabnya..Since aku bercuti berpantang ni
memang aim aku nak start potty train Danial.And alhamdulillah nampak
dah hasilnya..Start 1/5/13 aku slowly tak pakaikan diapers kat
Danial.
Day 1..tu usah
cakaplah..memang fewwwww*kesat peluh*.Berapa kali aku
mengelap/mengemop lantai gara-gara keterciciran Danial.Kalau setakat
pee pee ok la kan nak lap..Ni kalau poo poo..Just imagine la how aku
kutip stools dia.Huuuuuhuhu..Abah and mak boleh senyum sumbing je la
tengok gelagat aku..tanya and bawak ke toilet tiap setengah
jam.Danial pun dah stress dengan mamanya kejap-kejap mama ajak dia gi
toilet..Tu yang tak sampai setengah jam dia bantai kencing merata.
Day 2. dah lega sikit.sebab
dah tau rhythm time dia pee pee and poo poo..Tapi ada la jugak
keciciran cuma sekali dua jer..Kalau minum susu banyak mesti lari
sikit duration dia nak pee pee..
Day 3..makin ok.Tapi kalau
dia tak tidur usahla memandai mamanya nak tidur..Hari ke-3 dia mintak
pakaikan diaper.menangis-nangis suruh pakaikan diaper.Pakaikanlah
jugak.Rupanya dia nak poo poo..Ok faham.Dia tak selesa nak poo poo
dalam toilet.No wonder la 'hasil' kurang memuaskan.Bila pakai diaper
baru tengok dia cam lega nak poo poo.OK fine mama bagi can.Bila dah
poo poo betul-betul lagi senang la nak atur kencing.
Day 4 onward..Bertambah
ok.Tapiiiiiii bila dia tau mamanya akan kelam kabut tiap kali dia
sebut 'maaa nak tencing..',dah dia mainkan kita pulak.Berlari aku
mendukung dia bawak ke toilet tiap kali dia cakap nak kencing.Tapi
bila sampai toilet dia mencangkung,shhhh then dia sengih.Terus kata
dah.tapi setitik pun takde keluar.Huh! Sabar je la.Kalau sekali
dua,boleh dimaafkan.Ni berkali-kali..Memang mengundang amarah la
tu.Saja nak tengok mama dia bertukar jadi harimau jadian kot.
Sampailah ke hari ni.Waktu siang and
duduk kat rumah aku tak pakaikan diaper.Danial pun dah tau.Bila nak
pee pee ,dia bukak seluar then masuk toilet.Tapi kena perhatikan
jugak sebab takut dia tak basuh.Kalau malam,or time dia nak tidur and
keluar berjalan,aku still pakaikan.Tak confident lagi aku nak
diaperless kat dia 24jam.Cuma setakat ni dapatlah dah kurangkan
kuantiti diapers yang dipakai setiap hari..
Ni nak naik kerja dah tak sure boleh ke
dia continue diaperless???Aku takut susahkan babysitter.Dahla dengan
rayyan then nak tambah keciciran abangnya pulak..Mau stress bs
diaorang nanti..



