Friday, January 11, 2013

Jalan-jalan Cameron Highland..




Assalamualaikum...

Cerita basi.Harap maklum..kira penutup buku tahun 2012..

Actually ni salah satu planning and hajat tahun 2012.Lama dah aku and hubby plan.Tapi biasalah ada je kekangan..Bukan senang nak tunggu semua free..Bila kitaorang free family lain tak free pulak..Tapi alhamdulillah,31/12/2012 tertunai gak plan nak bawak kedua-dua parent and parent in law gi bercuti/berjalan bersama-sama..Mula-mula nak pegi tempat lain.Tapi mak mertua teringin nak pegi Cameron Highland sebab tak pernah jejak kaki ke situ.So kami pun ok je.Both family pun ok so 31/12/12 tu ke Cameron Highland la kami..

Both family..

 
Dalam enjoy tu ada gak yang frust masa pegi kali ni.Walaupun boleh kata banyak kali dah aku and hubby ke Cameron Highland tapi kali ni bila pegi dengan both family macam tak puas bawak diorang jalan-jalan.Banyak tempat tak dapat bawak mak mertua pegi.Sebab cuaca hari tu.The whole day kami kat sana hujan.Dari awal pagi bertolak sampaila nak balik hujan tak berhenti.Jadi banyakla tempat terbatas nak pegi.Seriusly pada aku tak cukup 1 hari nak cover setiap pelusuk Cameron Highland ni.Next time maybe kena stay kat sana at least 1 malam.Tapi mak mertua takmo dah gi sana sebab tak sanggup nak tempuh jalan berbengkang bengkok tu.Aku ni even dah berkali-kali pegi pun,tertewas jugak kali ni.Naik ikut Tapah,berapa kali berhenti sebab aku nak muntah.Selalu turun baru ikut Tapah,naik ikut Simpang Pulai takdelah terasa sangat..Next time taknak dah ikut Tapah.Lembik rasa badan.

Lembik-lembik pun happy je bila dah sampai kat atas tu..Mana taknya aku mengidam nak makan strawberry deep chocolate tertunai gak..Terharu dengan keprihatinan both parent and parent in law dengan kerenah anak menantu dia sorang ni.Setahu aku mak and abah memang tau aku mengidam nak makan strawberry deep chocolate tu.Tapi parent in law tak pernah pulak aku bagitau.

 nyum..nyum..but ni bukan jari saya

 dia pun nak jugak..

Memang kenyangla aku makan strawberry celup coklat tu.Mula-mula sampai kat Kg.Taman Sedia Ada,abah belikan.Terkejut jugak.Sebab nampak gaya abah lebih cepat bertindak dari suami tersayang..Pastu dekat Mardi hubby..Then kat Brinchang abah mertua..Semuanya sogok bagi aku makan.Abah dalam diam-diam siap beli coklat and fresh strawberry 3 kotak bawak balik rumah..Tu pun aku tau bila esoknya kat rumah abah suruh mak panaskan coklat tu.Then jamu depan mata aku..Hubby mampu geleng kepala je la tengok wife dia menelan satu persatu strawberry tu..heee..Untung mak buyung..


OK..lets layan gambar je la..

 terserlah ketembaman..dua-dua dah demuk..

 dah ada andak,mama and abah dia pun dia dah tak heran..

 geramnya tengok buah ni..besar betul.Siap ada yang ukir nama lagi kat buah tu..
 amboiiii sakan dia bebas berlari sana sini...
 Memori penutup 2012..kami bertiga..insyaAllah bulan 3 nanti berempat pulak..
 orang mengidam nak makan strawberry deep chocolate
 28weeks..

 Hujan-hujan pun dia nak gak makan ais krim strawberry ni..Tapi mama dia pun nak jugak..

 Sebelum balik singgah kat Kia Farm beli ole-ole..Beli sayur,ubi madu,strawberry,limau,jagung mutiara,buah-buah kering..
.
.
.
Pendek kata sangat enjoy and seronok tengok both family happy..Tahun 2013 kita plan tempat lain plak..



Thursday, January 10, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

 Assalamualaikum..

Just want to share artikel dari FB..

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa.Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak sape la ni???


tak boleh dengar lagu automatik dia akan berjoget.Seriusly aku or hubby takde plak nak mengajar menari.Ntah mana dia ikut tak tau.Sampaikan Gangnam style pun dia tau..adoiiii..

Wednesday, January 9, 2013

4D scan adik baby..



Assalamualaikum

Tak lepaskan peluang untuk buat 4D scan untuk adik baby..Time abang ada buat time adik pun mestilah nak jugak.Kalau masa Danial kami buat kat Penang.Kali ni kami buat kat Vission College.Sangatlah puas hati and harga pun murah compare masa Danial.Berganda murahnya..RM90 je..tapi kena buat appointment dulu.Kalau nak buat 4D scan ni masa yang sesuai 26weeks – 30 weeks.

Masa ni aku buat ngam-ngam 26weeks and 3 days..24/12/12..


 Pemalu kot anak mama ni..asyik nak tutup la muka dia tu..Kalau abang time scan je terus menyengih..lebar betul senyum..

 Dapat jugakla tengok sikit pipi dia tu..tapi still nak peluk tali pusat..



Finally confirm dah what gender adik baby ni..
 Boleh geng dengan Abang Danial and abah..Bila scan je and nampak boy punyala suka hubby..Sengih sampai ke telinga..So 3x scan before ni kata baby girl tu tak betul la kot..Sebab yang ni memang obvious nampak anu yang menunjukkan boy..Tapi tak kisah pun boy or girl janji sihat..Nak lagi pasti kena tunggu baby lahir la..Kalau ikut scan ni edd aku terus berubah jadi 4/4/13 pulak..
Tak sabar nak tunggu baby lahir.

Entry pertama



Assalamualaikum...

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim...Ni entry pertama bagi tahun 2013..Selepas lebih seminggu memasuki tahun baru..Kekangan masa dan sibuk dengan rutin harian menjadikan blog ni dah makin terabai..Nasibla labu..banyak sangat benda nak buat..

Masuk minggu kedua persekolahan jadi makin bertambah-tambah sibuk.Minggu lepas just warming up nak mulakan sesi persekolahan.1st and 2nd day as usual mesti ada budak-budak menangis,sesi pujuk-memujuk,sesi kejar-mengejar student yang nak balik ikut parent..Agak kepenatan tapi seronok.Teringat zaman-zaman aku nak masuk sekolah dulu..heeeee..Aku salah seorang cam budak-budak tu.1st day pegi sekolah dah nangis-nangis.Tapi lepas abah balik elok je boleh main dengan kawan-kawan.Sama la jugak dengan anak didik aku sekarang ni..Bila parent hantar nangis berguling-guling nak ikut mama..nak ikut daddy..nak ikut ummi..Tapi bila dah masuk kelas,dah jumpa geng elok jer..

Hopefully tahun ni lagi best dari tahun sebelumnya..But I miss my old students...Tahun ni jugak dah bertambah pulak jawatan yang disandang..Dah ada pulak subjek baru nak kena ajar..Bertambah-tambah la busy.Tapi setiap jawatan and subjek yang diajar tu ada elaun lain.Kira rezeki jugak tu..Alhamdulillah..Heeee..

Oklah..cukup di sini dulu buat permulaan.Selamat tahun baru..Selamat menambah umur..heee